Isnin, 25 November 2013

Selamat bercuti...

Assalamualaikum, sudah lama saya tidak mengedit blog ni...Biasalah, saya salah seorang calon STPM penggal 1 2013/14. Alhamdulillah, hari ni hari terakhir peperiksaan STPM penggal 1. Subjek hari adalah subjek Sejarah Dunia 1. Kepada semua masyarakat, saya ingin mengucapkan selamat bercuti. Musim cuti ni, mungkin ramai yang telah merancang aktiviti seperti balik kampung dan melancong di merata-rata tempat. Oleh iu, saya ingin berkongsi kepada anda semua doa menaiki kenderaan. Doa ini mudah dihafal kerana telah dijadikan nasyid bersama liriknya sekali...Mari kita sama-sama menghafal Doa ini... semoga diberkati oleh Allah...

Selasa, 5 November 2013

Selamat menyambut Maal Hijrah 1435 H


Maal Hijrah atau Awal Muharram adalah satu hari yang penting bagi umat Islam. Hal ini demikian kerana ia menandakan 2 peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam.Yang pertama ialah memperingati penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W dari Kota Mekah ke Kota Madinah pada tahun 622 Masihi.Yang kedua pula ialah hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat-solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah merupakan hari cuti umum di Malaysia dan merupakan permulaan tahun Hijrah bagi umat Islam.