Isnin, 30 Mei 2016

Program "Diri yang Gagah Kepimpinan Terserserlah"

Pada 12-14 Mei 2016, aku bersama sahabat-sahabat seperjuangan telah berjaya menamatkan program ini bersama pelajar-pelajar tingkatan 2 Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu (SAHUT). Sangat seronok apabila adik-adik ini memberi komitmen dengan cemerlang di samping "sporting" mereka yang membuatkan rindu itu masih ada. hahaha...
Semoga suatu hari nanti kita dapat bertemu kembali. 

Sabtu, 2 Januari 2016

DIRIKU SEORANG MAHASISWA KAUNSELING.

  Hari ini, tamat sudah semester 1. Berbaki TUJUH semester yang perlu aku tempuhi. Mesti Banyak dugaan. Apabila aku menjadi mahasiswa di Universiti Malaysia Terengganu (UMT)dalam bidang kaunseling, persepsi aku adalah aku telah dipilih oleh-Nya untuk menjadi wakil dalam ahli keluarga aku, iaitu sebagai seorang insan yang akan membantu ahli keluargaku. Mungkin disebabkan itu,  tanggungjawab ini telah diberi kepadaku, mungkin aku akan menjadi seorang kaunselor yang akan berbakti kepada tempat tinggalku.  



    Sem ini, aku telah mempelajari Penghantar Bimbingan & Kaunseling, Penghantar Psikologi, dan lain-lain seperti keusahawanan, Komunikasi, Kenegaraan, Lestari, dan EAC. Walaupun baru semester 1, banyak ilmu berkaitan manusia yang dapat aku pelajari seperti mimpi, hukuman, Kesedaran, teori-teori, tugas2 kaunselor, sejarah dia, dll. Sebenarnya manusia ini sangat unik. Seingga kehidupan seharian manusia boleh menjadi bahan kajian pengkaji2 terdahulu seperti kajian pemikiran, persepsi, tingkah laku, emosi, malah pandangan, sentuhan, dll turut dikaji. Uniknya manusia ini. Uniknya kejadian/ciptaan manusia. 


    Mungkin terlalu awal untuk aku merumuskan berkaitan bidang yang aku pelajari, tetapi aku hanya ingin memberitahu bahawa kepada sesiapa yang dapat menyambung bidang kaunseling tak kira di mana-mana IPTA/IPTS, jangan takut kerana bidang ini ingin mengajar kita mengenali diri kita sebenarnya supaya kita akan bersyukur diberi kesempatan untuk mendalami ilmu tentang manusia ini. In Syaa Allah jika niat kita untuk membantu, Allah akan buka peluang kerjaya kita untuk terus maju.

 Hebatnya kebesaran Allah sehinggakan setiap manusia itu dijadikan di dunia ini sebagai makhluk yang sangat unik. 

#RASULULLAH_kaunselor_terbaik
#terokaanILMUseluasLAUTAN
#sampaikanDARIKUwalauSATUayat

Jumaat, 17 April 2015

Hari keluarnya slip keputusan STPM 2014.

   Assalamualaikum, Alhamdulillah, setelah bertungkus lumus selama 1 tahun 6 purnama, akhirnya hasil yang didapati memang sukar dijangka. Nak menangis pun ada bila tengok keputusan begitu. Hanya Tuhan sahaja yang tahu kegembiraan aku ini.




Terima kasih kepada semua guru yang telah membimbing, menegur, memberi sokongan, dan meletakkan kepercayaan kepadaku. 

Terima kasih juga kepada ibu bapa dan adik beradikku kerana telah memberi kata pembakar semangat selama berada di tingkatan 6.

Kepada para sahabat seperjuangan, tahniah kerana telah mencipta sesuatu yang paling berharga dalam hidup. Kepada yang kurang memuaskan, jangan risau, rezeki ada di mana-mana sahaja. Allah sudah aturkan hidup kita. 





      Tamat sudah tingkatan 6. Kepada sahabat-sahabatku, In Syaa Allah selepas ini kita bersama-sama meneruskan langkah ke alam universiti. 

#Selamattinggalzamanpersekolahan
#selamatdatangzamanuniversiti
#seeudiIPT

Rabu, 3 Disember 2014

"World Youth Stamp Exhibition" di Suria KLCC.

Assalamualaikum, satu pameran telah diadakan di Suria KLCC, iaitu Pameran Setem Remaja Dunia (World Youth Stamp Exhibition). Lebih daripada 40 buah negara telah menyertai pameran ini. Pameran ini belangsung dari 1 Disember 2014 hingga 6 Disember 2014.

Saya dan rakan-rakan turut menyertai pameran ini. Banyak setem yang tidak pernah dilihat sebelum ini terdapat di pameran tersebut. Terdapat juga beberapa "booth" pameran yang mempamerkan surat-surat lama, tulisan-tulisan yang unik dan syiling lama serta wang kertas lama. Antara gambar-gambar yang sempat diambil semasa kunjungan ke pameran tersebut:

































Khamis, 6 November 2014

Merdeka dari STPM!

Assalamualaikum, Alhamdulillah, hari ini (06 November 2014) aku telah "merdeka" daripada peperiksaan di bangku sekolah. Lega rasanya kerana dapat menahan sabar untuk mengharungi pahit getir,  cabaran, ujian, dan lain-lain. Lepas ni, aku tidak lagi bergelar pelajar di sekolah kerana lepas ni aku akan bergelar MAHASISWA UNIVERSITI. Macam tak percaya, tapi, inilah kenyataannya. Bersyukur kepada-Nya kerana dapat mengharungi selama setahun setengah di peringkat STPM, iaitu diantara peperiksaan tersusah di dunia. ^_^.




Ahad, 5 Oktober 2014

Kenangan U6K6 SMK Petaling Jaya.





Alhamdulillah, siap juga video kelas ini. Semoga video ini dijadikan kenangan pada masa akan datang. :)