Sabtu, 2 Januari 2016

DIRIKU SEORANG MAHASISWA KAUNSELING.

  Hari ini, tamat sudah semester 1. Berbaki TUJUH semester yang perlu aku tempuhi. Mesti Banyak dugaan. Apabila aku menjadi mahasiswa di Universiti Malaysia Terengganu (UMT)dalam bidang kaunseling, persepsi aku adalah aku telah dipilih oleh-Nya untuk menjadi wakil dalam ahli keluarga aku, iaitu sebagai seorang insan yang akan membantu ahli keluargaku. Mungkin disebabkan itu,  tanggungjawab ini telah diberi kepadaku, mungkin aku akan menjadi seorang kaunselor yang akan berbakti kepada tempat tinggalku.  



    Sem ini, aku telah mempelajari Penghantar Bimbingan & Kaunseling, Penghantar Psikologi, dan lain-lain seperti keusahawanan, Komunikasi, Kenegaraan, Lestari, dan EAC. Walaupun baru semester 1, banyak ilmu berkaitan manusia yang dapat aku pelajari seperti mimpi, hukuman, Kesedaran, teori-teori, tugas2 kaunselor, sejarah dia, dll. Sebenarnya manusia ini sangat unik. Seingga kehidupan seharian manusia boleh menjadi bahan kajian pengkaji2 terdahulu seperti kajian pemikiran, persepsi, tingkah laku, emosi, malah pandangan, sentuhan, dll turut dikaji. Uniknya manusia ini. Uniknya kejadian/ciptaan manusia. 


    Mungkin terlalu awal untuk aku merumuskan berkaitan bidang yang aku pelajari, tetapi aku hanya ingin memberitahu bahawa kepada sesiapa yang dapat menyambung bidang kaunseling tak kira di mana-mana IPTA/IPTS, jangan takut kerana bidang ini ingin mengajar kita mengenali diri kita sebenarnya supaya kita akan bersyukur diberi kesempatan untuk mendalami ilmu tentang manusia ini. In Syaa Allah jika niat kita untuk membantu, Allah akan buka peluang kerjaya kita untuk terus maju.

 Hebatnya kebesaran Allah sehinggakan setiap manusia itu dijadikan di dunia ini sebagai makhluk yang sangat unik. 

#RASULULLAH_kaunselor_terbaik
#terokaanILMUseluasLAUTAN
#sampaikanDARIKUwalauSATUayat

2 ulasan: