Isnin, 25 November 2013

Selamat bercuti...

Assalamualaikum, sudah lama saya tidak mengedit blog ni...Biasalah, saya salah seorang calon STPM penggal 1 2013/14. Alhamdulillah, hari ni hari terakhir peperiksaan STPM penggal 1. Subjek hari adalah subjek Sejarah Dunia 1. Kepada semua masyarakat, saya ingin mengucapkan selamat bercuti. Musim cuti ni, mungkin ramai yang telah merancang aktiviti seperti balik kampung dan melancong di merata-rata tempat. Oleh iu, saya ingin berkongsi kepada anda semua doa menaiki kenderaan. Doa ini mudah dihafal kerana telah dijadikan nasyid bersama liriknya sekali...Mari kita sama-sama menghafal Doa ini... semoga diberkati oleh Allah...

Selasa, 5 November 2013

Selamat menyambut Maal Hijrah 1435 H


Maal Hijrah atau Awal Muharram adalah satu hari yang penting bagi umat Islam. Hal ini demikian kerana ia menandakan 2 peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam.Yang pertama ialah memperingati penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W dari Kota Mekah ke Kota Madinah pada tahun 622 Masihi.Yang kedua pula ialah hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat-solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah merupakan hari cuti umum di Malaysia dan merupakan permulaan tahun Hijrah bagi umat Islam.

Isnin, 8 Julai 2013

In-Team & UNIC - Kemuliaan Ramadhan ( Official Music Video )

Ramadhan telah tiba, sudah siapkah kita?


Selasa, 25 Jun 2013

Kem PLKN Arena Resort, Temerloh, Pahang.



Assalamualaikum...seperti sedia maklum, aku dapat panggilan ke-2 ke PLKN Arena Resort. Memang seronokkan sebab itulah impian aku selama ini iaitu mahu masuk PLKN...TAPI hajat aku yang kedua tak tercapai. Aku nak PLKN di Sabah, tapi nama aku dah ada di PLKN Arena Resort ,Pahang. Tak apa, asalkan dapat juga pergi PLKN & merasai aktiviti lasak...

aktiviti flying fox 
ni bendera skuadron aku...MIG namanya...lawa tak??
ni adalah kawan-kawan aku semasa aku berada di PLKN ni... Mereka jugalah keluarga aku. Seronok kawan dengan mereka.  :) 
gambar masa aku nak balik sebab sambung belajar. Sedih rasanya masa nak tinggalkan mereka ni... Memanglah, hampir 2 bulan makan, minum, solat, tidur, bercerita, meluahkan perasaan, kena denda semuanya bersama. 
Ni lah yang mereka bagi sebelum aku balik meninggalkan mereka di kem ni..... Bunga ni tanda jalinan yang kami cipta di Kem PLKN Arena Resort...... :)
Bila aku tinggal di PLKN ni, macam-macam yang aku belajar. Contohnya belajar menepati masa, belajar menjadi seorang yg bertanggungjawab, belajar menepati janji, dan lain-lain.

So, Kem PLKN Arena Resort memang BEST... 

Khamis, 20 Jun 2013

Syaaban Bulan Nabi

Syaaban merupakan bulan ke-8 di dalam kalendar Takwim Hijrah. Selepas bulan Syaaban, umat Islam akan menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Bilangan bulan Syaaban adalah 29 hari sekiranya anak bulan kelihatan, atau 30 hari sekiranya anak bulan tidak kelihatan. 

bulan Syaaban adalah bulan Nabi
Syaaban juga dikenali sebagai bulan 'penyimpangan' atau 'berpecah', kerana kaum purba Arab akan berpecah untuk mencari untuk mencari sumber air di padang pasir bagi ketibaan bulan yang seterusnya (bulan Ramadhan ialah bulan yang panas).
Dan apabila Rasulullah SAW datang, beliau mengekalkan nama Syaaban. Rasulullah SAW telah banyak menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya. 
Pada malam kelima belas bulan Syaaban, adalah malam Nisfu Syaaban. Mengikut tradisi Islam, baginda Nabi Muhammad s.a.w. berkata yang malam ini Allah akan mengumpulkan buku amalan yang lama dan menggantikan dengan yang baru bagi tahun yang akan datang.
Umat Islam digalakkan berpuasa pada bulan Syaaban sebagaimana hadis:
"Sabda Nabi s.a.w : Bahawa puasa Sya`ban kerana membesarkan Ramadhan, siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya`ban, kemudian dia berselawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa, maka diampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatkan rezekinya. Antara lain sabdanya lagi: Bahawa Allah ta`ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat." (Al-Hadis).

Selasa, 28 Mei 2013

UNIC Kau Kawan,sahabat dan teman



Video ni adalah luahan hati saya yang saya mahu sampaikan kepada sahabat-sahabat saya .......

Jumaat, 1 Februari 2013

Zaman beruniform sekolah

1 Februari 2013....Sudah sebulan memasuki tahun 2013...Maknanya sudah sebulan aku meninggalkan sekolah..... rindunya aku dengan SMKTDH, iaitu sekolah yang banyak mengukir kenangan pahit dan manis,,,,bersama guru, rakan, dan lain-lain....

Ini ialah Puan Oii Bee Bee .... iaitu guru Additional Mathematics aku...


 Puan Aini Syahidah pula guru matapelajaran Sains.....Cikgu ni juga "umi" kami....




 Yang ini pula puan Roshazima....guru Bahasa Melayu.....seronok belajar dengan cikgu ni terutama ketika belajar komsas....nak tahu kenapa..???? adalah..... :)


"Hisyrah itu perjuangan"....hahaha...rindu dengan lagu tu..... Penyanyinya ialah Puan Ng Lian Hya (duduk sebelah kiri)....guru Sejarah kami.....sronok belajar dengan cikgu ni...enjoy sentiasa...
Inilah guru Pendidikan Islam......Puan Salina Busrowi.....Ustazah ni juga adalah guru pembakar semangat kami untuk terus berjaya.....thanks ustazah....

Gambar Miss Leong, teacher Easwary dan Teacher Ooi CC tak ada la.....tapi yang pasti,,,,,,mereka semua adalah pendidik yang mendidik pelajarnya di sekolah tanpa rasa penat dan jemu semata-mata untuk membantu pelajarnya mencapai kejayan....TERAMA KASIH CIKGU!!!!






Assalamu'alaikum,,,,,  hari ini aku kebingungan kerana pengurus kompang aku, Badri Mohazar atau Abg Bad telah membuat keputusan utk memasukkan kembali kumpulan aku ke dalam Gabungan Murni, iaitu kumpulan besar kompang aku....Dulu, semasa aku ditingkatan 4,,,, beberapa ahli Kumpulan Remaja Ku Sayang (K.R.K.S) telah membuat masalah yang agak serius, iaitu  telah menjatuhkan air muka ketua Kelab Belia Murni,,,Abg Bad..... Kerana beberapa orang ahli kami bermasalah, habis semua sekali terkena tempiasnya..... Walaupun aku bukan ketua kumpulan KRKS, tapi aku rasa beberapa orang ahli termasuk KETUA KUMPULAN ini tidak mahu mengalah..... keras betul hati dorang....... Rasa macam nak keluar je dari kumpulan tu tapi,,,bila difikirkan balik...rugilah aku.....dah 6 tahun aku berada dlm kumpulan tu......

Dulu, semasa andak, iaitu pengurus KRKS, sihat...tak pernah jadi begini...... Bila andak sakit,,,macam2 terjadi.... Stresss betul......Kenapa hati beberapa ahli kumpulan aku keras teramat-amat???? tak boleh ke kalau mengalah????? susah kalau macam ni..... nak kena dengar saja cakap dorang....

Hari ni,,,Abg Bad dah beri peluang utk join kembali tapi bersyarat...... kitorang semua kena menghadap dan mohon maaf atas keterlanjuran dan kebiadapan segelintir di kalangan team kami.... itulah masalah sekarang....aku yang tak ada buat masalah pun kene minta maaf juga......memang aku stress dengan beberapa ahli kompang aku......

Aku Harap hati ahli2 kompang aku akan lembut kembali......Aminnn.....

::Luahan perasaan yang terpendam...