Selasa, 25 Jun 2013

Kem PLKN Arena Resort, Temerloh, Pahang.



Assalamualaikum...seperti sedia maklum, aku dapat panggilan ke-2 ke PLKN Arena Resort. Memang seronokkan sebab itulah impian aku selama ini iaitu mahu masuk PLKN...TAPI hajat aku yang kedua tak tercapai. Aku nak PLKN di Sabah, tapi nama aku dah ada di PLKN Arena Resort ,Pahang. Tak apa, asalkan dapat juga pergi PLKN & merasai aktiviti lasak...

aktiviti flying fox 
ni bendera skuadron aku...MIG namanya...lawa tak??
ni adalah kawan-kawan aku semasa aku berada di PLKN ni... Mereka jugalah keluarga aku. Seronok kawan dengan mereka.  :) 
gambar masa aku nak balik sebab sambung belajar. Sedih rasanya masa nak tinggalkan mereka ni... Memanglah, hampir 2 bulan makan, minum, solat, tidur, bercerita, meluahkan perasaan, kena denda semuanya bersama. 
Ni lah yang mereka bagi sebelum aku balik meninggalkan mereka di kem ni..... Bunga ni tanda jalinan yang kami cipta di Kem PLKN Arena Resort...... :)
Bila aku tinggal di PLKN ni, macam-macam yang aku belajar. Contohnya belajar menepati masa, belajar menjadi seorang yg bertanggungjawab, belajar menepati janji, dan lain-lain.

So, Kem PLKN Arena Resort memang BEST... 

Khamis, 20 Jun 2013

Syaaban Bulan Nabi

Syaaban merupakan bulan ke-8 di dalam kalendar Takwim Hijrah. Selepas bulan Syaaban, umat Islam akan menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Bilangan bulan Syaaban adalah 29 hari sekiranya anak bulan kelihatan, atau 30 hari sekiranya anak bulan tidak kelihatan. 

bulan Syaaban adalah bulan Nabi
Syaaban juga dikenali sebagai bulan 'penyimpangan' atau 'berpecah', kerana kaum purba Arab akan berpecah untuk mencari untuk mencari sumber air di padang pasir bagi ketibaan bulan yang seterusnya (bulan Ramadhan ialah bulan yang panas).
Dan apabila Rasulullah SAW datang, beliau mengekalkan nama Syaaban. Rasulullah SAW telah banyak menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya. 
Pada malam kelima belas bulan Syaaban, adalah malam Nisfu Syaaban. Mengikut tradisi Islam, baginda Nabi Muhammad s.a.w. berkata yang malam ini Allah akan mengumpulkan buku amalan yang lama dan menggantikan dengan yang baru bagi tahun yang akan datang.
Umat Islam digalakkan berpuasa pada bulan Syaaban sebagaimana hadis:
"Sabda Nabi s.a.w : Bahawa puasa Sya`ban kerana membesarkan Ramadhan, siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya`ban, kemudian dia berselawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa, maka diampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatkan rezekinya. Antara lain sabdanya lagi: Bahawa Allah ta`ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat." (Al-Hadis).