Khamis, 20 Jun 2013

Syaaban Bulan Nabi

Syaaban merupakan bulan ke-8 di dalam kalendar Takwim Hijrah. Selepas bulan Syaaban, umat Islam akan menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Bilangan bulan Syaaban adalah 29 hari sekiranya anak bulan kelihatan, atau 30 hari sekiranya anak bulan tidak kelihatan. 

bulan Syaaban adalah bulan Nabi
Syaaban juga dikenali sebagai bulan 'penyimpangan' atau 'berpecah', kerana kaum purba Arab akan berpecah untuk mencari untuk mencari sumber air di padang pasir bagi ketibaan bulan yang seterusnya (bulan Ramadhan ialah bulan yang panas).
Dan apabila Rasulullah SAW datang, beliau mengekalkan nama Syaaban. Rasulullah SAW telah banyak menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya. 
Pada malam kelima belas bulan Syaaban, adalah malam Nisfu Syaaban. Mengikut tradisi Islam, baginda Nabi Muhammad s.a.w. berkata yang malam ini Allah akan mengumpulkan buku amalan yang lama dan menggantikan dengan yang baru bagi tahun yang akan datang.
Umat Islam digalakkan berpuasa pada bulan Syaaban sebagaimana hadis:
"Sabda Nabi s.a.w : Bahawa puasa Sya`ban kerana membesarkan Ramadhan, siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya`ban, kemudian dia berselawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa, maka diampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatkan rezekinya. Antara lain sabdanya lagi: Bahawa Allah ta`ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat." (Al-Hadis).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan