Jumaat, 17 April 2015

Hari keluarnya slip keputusan STPM 2014.

   Assalamualaikum, Alhamdulillah, setelah bertungkus lumus selama 1 tahun 6 purnama, akhirnya hasil yang didapati memang sukar dijangka. Nak menangis pun ada bila tengok keputusan begitu. Hanya Tuhan sahaja yang tahu kegembiraan aku ini.




Terima kasih kepada semua guru yang telah membimbing, menegur, memberi sokongan, dan meletakkan kepercayaan kepadaku. 

Terima kasih juga kepada ibu bapa dan adik beradikku kerana telah memberi kata pembakar semangat selama berada di tingkatan 6.

Kepada para sahabat seperjuangan, tahniah kerana telah mencipta sesuatu yang paling berharga dalam hidup. Kepada yang kurang memuaskan, jangan risau, rezeki ada di mana-mana sahaja. Allah sudah aturkan hidup kita. 





      Tamat sudah tingkatan 6. Kepada sahabat-sahabatku, In Syaa Allah selepas ini kita bersama-sama meneruskan langkah ke alam universiti. 

#Selamattinggalzamanpersekolahan
#selamatdatangzamanuniversiti
#seeudiIPT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan