Sabtu, 20 September 2014

APA ITU STPM?

APA ITU STPM?

Sejak akhir-akhir ini, banyak isu, dan gossip yang dibangkitkan tentang STPM. Asal kata STPM, kebanyakan masyarakat dah pandang pelik. Kenapa boleh jadi begitu? Hari ni saya nak beritahu apa itu STPM. 
STPM (Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia), merupakan satu sijil yang diiktiraf oleh Cambridge University, UK. STPM ni merupakan di antara peperiksaan yang TERSUSAH di DUNIA.  Jadi, tak hairanlah jika ianya setaraf A-Level. 
Apa yang saya tahu, apabila tawaran ke peringkat ijazah dibuka, bekas pelajar STPM yang dilihat dahulu. Untungkan jika masuk tingkatan 6.  Sijil STPM turut laku di universiti di luar negara. Wah, terujanya!

Tanggapan orang kepada pelajar STPM.

"STPM ni susah. Tak yah lah nak masuk"
" Dah lah pakai baju sekolah, macam budak sekolah je "
"Selalunya budak STPM ni budak fail SPM je "

Nak jadi pelajar STPM ni, banyak ujiannya. Kena perlilah, kena gelaklah, kena kutuklah, dan banyak lagi. Banyak anggapan buruk daripada masyarakat tentang STPM. Tapi, adakah mereka tahu apa kelebihan STPM? haa....Itulah... Walaupun berpakaian sekolah, beza pelajar SPM dengan STPM bagai langit dengan bumi. Betulkan? Lagipun sekarang sudah ada pusat tingkatan 6 yang pelajar-pelajarnya memakai pakaian kasual. STPM susah. Semua ilmu di dunia ni susah, cuma STPM ni sikit sahaja. Tapi, kalau belajar bersungguh-sungguh, STPM ni tak sesusah mana pun. Pelajar STPM ni budak yang gagal/keputusan SPM teruk? hahaha... Sebenarnya ramai top students yang masuk STPM. Kan???

Kepayahan semasa belajar.

Memang pun. Jujur ni. Rasa nak muntah masa belajar. Pagi, tengah hari, petang, dan malam belajar. Kadang-kadang dalam tidur termimpi-mimpi. Tapi, adat belajarlah. Mana ada yang senang di dunia ini kan?
STPM ni juga mencabar mantal dan fizikal. Nak nak kalau kita ada jawatan di sekolah. Lagi mencabar. 
Buku rujukan pula setebal-tebalnya. Padahal 6 bulan sahaja setiap penggal. Tapi, buku rujukannya, ish, ish, ish... Pelbagai tajuk yang kena ingat. Tapi, bila peperiksaan, hanya beberapa soalan sahaja yang keluar seperti Sejarah. Bab berpuluh, yang masuk 6 bab sahaja. hahaha... Itulah kepayahan STPM. 
TAP, kepayahan itu ada hasilnya seperti peluang ke peringkat ijazah sangat mudah. Pointer 2.4 tu dah cukup untuk pelajar lelaki. Mudahkan. Tapi kalau malas belajar STPM itu umpama "sijil tunggu pinangan masuk" itu sahaja.

Rasanya itu sahaja yang saya kongsikan. Harap-harap ada kebaikan untuk para pembaca. Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan